Piruvat dehidrogenase kinase
Piruvat dehidrogenase kinase

Piruvat dehidrogenase kinase

Piruvat dehidrogenase kinase (juga kinase kompleks dehidrogenase piruvat, kinase PDC atau PDK; EC 2.7.11.2) ialah enzim kinase yang bertindak menyahaktifkan enzim piruvat dehidrogenase dengan memfosforilkannya menggunakan ATP.Oleh itu, PDK mengambil bahagian dalam pengawalan kompleks piruvat dehidrogenase yang mana piruvat dehidrogenase merupakan komponen pertama. Kedua-dua PDK dan kompleks piruvat dehidrogenase terletak dalam matriks mitokondrion eukariot. Kompleks ini bertindak untuk menukar piruvat (hasil glikolisis dalam sitosol) kepada asetil-koA, yang kemudiannya dioksidakan dalam mitokondria untuk menghasilkan tenaga dalam kitaran asid sitrik. Dengan menurunkan aktiviti kompleks ini, PDK akan mengurangkan pengoksidaan piruvat dalam mitokondria, dan meningkatkan penukaran piruvat kepada laktat dalam sitosol.Tindakan bertentangan PDK, iaitu nyahfosforilasi dan pengaktifan piruvat dehidrogenase, dimangkinkan oleh fosfatase fosfoprotein yang dipanggil piruvat dehidrogenase fosfatase.